Tuesday, April 14, 2020

23 Tips Paling Powerful Untuk Tingkatkan Instagram Engagement


Buat masa ini, Instagram tetap menjadi yang terbaik di dalam pemasaran di Media Sosial dan tidak sukar untuk melihat mengapa, kerana 13% daripada semua orang di Dunia memiliki akaun Instagram.

Menurut Forrester,Engagement - diukur dengan likes, share dan komen dari pengguna - juga di luar carta, membanggakan kadar 4.21%. Itu 10 kali lebih tinggi daripada Facebook, 54 kali lebih tinggi daripada Pinterest, dan 84 kali lebih tinggi daripada Twitter.


Tetapi selain dari angka garis besar yang mengagumkan, cabaran muncul yang menunjuk kepada potensi pemasaran Instagram yang semakin redup kerana pengurangan tahap penglibatan dan persaingan dari pencabar baru, seperti TikTok.


Walaupun begitu, usahawan proaktif mencari cara untuk meningkatkan engagement Instagram walaupun terdapat beberapa kekurangan. Itulah sebabnya kami telah mengumpulkan 23 tips ini untuk memastikan kempen pemasaran berbayar dan organik anda terus meningkat. Mari kita kita tengok


  1. Post consistently
  2. Don’t preach—tell stories instead
  3. Build a strong brand
  4. Have a visually consistent feed
  5. Choose the right hashtags
  6. Create a branded hashtag
  7. Focus on user-generated content
  8. Explore the full range of Instagram video formats
  9. Use Instagram video subtitles and closed captions
  10. Embrace Instagram AR filters
  11. Take advantage of Instagram’s video ad formats
  12. Give Gifs a chance
  13. Use Instagram traffic to increase website traffic
  14. Use SEO to ‘win’ Instagram
  15. Partner with micro-influencers to create brand authenticity
  16. Host an Instagram contest
  17. Convert Instagram followers into email subscribers
  18. Embrace Instagram Stories
  19. Add a link to Instagram Stories
  20. Use emojis effectively
  21. Promote your Instagram channel on other social accounts
  22. Add CTAs, everywhere
  23. Track and learn from your best-performing Instagram content


Ada satu lagi tips tambahan yang paling penting.. Niche, kena ada satu fokus yang tepat dari segi posting, ads dan rupa nemtuk instagram kita perlu berada dalam Niche itu. Niche itu kena betul-betul fokus sehingga melihatkan itu adalah kepakaran kita.

Saya bagi contoh, Logo Designer. Anda kena tunjukkan anda major dalam design logo yang macam mana, yang kompleks, yang modern, yang beranimasi, profesional.. jadi niche anda akan tertumpu hanya satu kepakaran anda, tapi bila anda deliver pada customer anda deliver lebih dari itu.

so cukup sampai sini sahaja Tips tentang pemasaran menggunakan medium instagram. Kalau rasa anda perlukan lebih lagi, saya ada letakkan 2 link Ebook tentang pemasaran instagram dekat bawah ni. Ebook ini lagi padat dan sangat membantu dalam membangunkan potensi pemasaran instagram anda.




Friday, April 10, 2020

SEDEKAH SI PENARIK BECA

Kisah ini saya baca dari sebuah buku satu ketika dulu, lama dah.. saya tak ingat tajuk buku ini tapi agak popular buku ini waktu itu, kerana buku ini menceritakan tentang rezeki.. Penulisnya Fathuri Salehuddin. Kenapa saya ingat nama penulisnya tapi tak ingat tajuk bukunya, sebab nama kawan saya sama dengan naman penulis, itu yang ingat nama penulis tu.

Kisah ni terjadi dekat Jawa tengah, Indonesia. Kisah seorang penarik beca, kalau tak silap Pak Kasan namanya. Pak Kasan tak ambil tambang dari mana-mana pelanggannya pada hari Jumaat. Itu baginya adalah cara dia bersedekah.

Pada suatu hari Jumaat, seorang wanita kaya menaiki beca Pak Kasan. Apabila sudah sampai ke tempat yang ditujui, wanita kaya ini pun bertanya berapakah tambangnya. Seperti biasa Pak Kasan meberitahu bahawa pada hari tersebut dia tidak menggenakan tambang kepada mana-mana pelanggannya. Peliklah juga rasanya bagi wanita kaya tu.

Padsa hari Jumaat yang seterusnya, wanita yang sama sekali lagi menaiki beca Pak Kasan, katanya mahu Pak kasan membawanya ke rumah Pak Kasan kerana mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Pak Kasan pun embawa wanita itu pulang.

Setelah bertemu dengan Pak kasan, maka tahulah wanita itu, Pak Kasan ada seorang yang baik dan solehah, anak-anak Pak Kasan pun terdidik dengan baik sopan dan tidak nakal. Tenang wanita itu melihat keluarga kecil itu walau hidup dalam keserba kekurangan. ( Jangan lupa isteri yg solehah, anak yang baik, kebahagian semua itu juga bentuk rezeki yang hebat dari allah)
.
Kata wanita kaya itu, dia sangat terharu dan malu dengan Pak Kasan,kerana baginya Pak Kasan sangat luarbiasa, kerana masih berusaha untuk bersedekah sedangkan hidup dalam serba kekurangan. Dirinya sendiri yang dikurniakan kesenangan pun jarang sekali mengeluarkan sedekah.

Hadith Riwayat : Abu daud, at-Tarmizi dan al-Baihaqi 
"Orang-orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi oleh Allah Yang Maha Pengasih. Kasihanilah mereka (makhluk) yang ada di Bumi , nescaya kamu akan dikasihi oleh Allah SWT dan para malaikat dilangit"





Monday, April 6, 2020

KENAPA ANDA PERLU TERUS MEMBACA?





Saya Sopiyan, atau lebih dikenali sebagai Bro piyan, saya ni adalah di antara berjuta mereka yang mempunyai cita-cita atau impian sendiri dan saya juga di antara mereka yang percaya impian hanya boleh dicapai dengan berusaha.

Jadi apa pula  kena mengena dengan anda? 


Bagi saya, sepanjang saya kenali apa itu kehidupan, saya dah lalui pelbagai bentuk kegagalan. belajar dari kegagalan itu saya bangkit dan terus berusaha sebab yakin jika saya berhenti, saya bukan sahaja akan gagal untuk satu perkara, tapi akan gagal juga untuk perkara yang lain.


Seperti anda, yang berada di sini, pasti anda pun sedang lalui dugaan anda sendiri, seperti orang kata, kita mungkin boleh berada di atas lautan yang sama, tapi kita merasai ombak dan gelombang yang berbeza. Bagi saya The ultimate failure is when you didn't learn from your mistake.


Disebabkan itu saya catatkan pengalaman saya, pandangan saya dan cerita-cerita kegagalan saya dan apa yang saya belajar daripada kegagalan itu ke dalam Blog Impian Yang Mana ini, supaya boleh memberi sedikit gambaran dan sempadan supaya anda rakan-rakan pembaca dapat mengelak melakukan kesilapan-kesilapan yang pernah saya buat.


Saya juga ada kongsikan tips dari buku-buku bacaan saya dan E-book dari hasil penulisan penulis yang saya kenal, minat atau pernah saya ikuti. Mungkin ini juga akan membantu anda untuk lebih bersedia hadapi hari mendatang.


Saya meletakkan harapan yang tinggi untuk pembaca-pembaca blog saya untuk berkongsi pandangan dan kejayaan mereka.


Itu sahaja daripada saya, ASSALAMMUALAIKUM...

23 Tips Paling Powerful Untuk Tingkatkan Instagram Engagement

Buat masa ini, Instagram tetap menjadi yang terbaik di dalam pemasaran di Media Sosial dan tidak sukar untuk melihat mengapa, kerana 13% da...